sELaMat DaTaNg

Harga yg disenaraikan tidak termasuk pos kecuali dinyatakan. Setiap perubahan tertakluk kpd kualiti kain. Pembayaran boleh dibuat melalui acc: m2u logo sila email utk daptkan no akaun NORIDAH KARIM sila masukkan email ini setiap kali pembayaran dilakukan: idakarim@ymail.com

Feb 10, 2011

ILMU DAN AMAL ( IDA )-untuk dikongsi

AIR SEMBAHYANG '

 1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, 'Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini'.  Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap  benda-benda yang tak berfaedah.

 2.. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, 'Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat  kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini'. Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih  berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, 'Ya Allah, berikanlah hisab-hisab  ku ditangan kanan ku ini'. Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikanhisab- hisabnya di tangan kanan .

 4.. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu  dengan, 'Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab- hisab ku di tangan kiri ku ini'. Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab- hisabnya di tangan kiri .

 5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,'Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu'. Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

 6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,'Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini' Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang  mengumpat, memfitnah dll.

 7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu  dengan.'Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim'. Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

 8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu  dengan,'Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-  tempat maksiat' Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.  Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat  bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri.   Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?

Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?   Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?

Bersyukurlah dan bertaubat selalu