sELaMat DaTaNg

Harga yg disenaraikan tidak termasuk pos kecuali dinyatakan. Setiap perubahan tertakluk kpd kualiti kain. Pembayaran boleh dibuat melalui acc: m2u logo sila email utk daptkan no akaun NORIDAH KARIM sila masukkan email ini setiap kali pembayaran dilakukan: idakarim@ymail.com

Dec 21, 2011

COTTON IN DA HOUSE

mari mari mari..kain cotton panas2..
*** semua kain berharga RM80 sepasang- 4 meter bidang 45 kecuali utk kain bertanda 1, 2 dan 10 (RM95.00)

HARGA KURUNG SIAP DILUAR (RM110) harga kami cuma RM100  tidak termasuk pos laju.

Keterangan
 
1 dan 10 - jenis London Cotton, sejuk berkualiti

2 thai cotton, kain tebal dari London Cotton tapi sejuk dan kurang kedut.

Lain2 - swiss cotton dan british royal english cotton.

SEMUA KAIN ADALAH BERKUALITI DAN SEJUK SERTA LEMBUT. DI JAMIN TIDAK TURUN WARNA.

NOTE: 1, 4 & 6 available.




Dec 17, 2011

BAKAL MUNCUL

Untuk semua pelawat blog,
saya akan mula menjual kain2 cotton yang semestinya cun melecun. Boleh ditempah terus dengan pihak kami dengan harga yang berbaloi-baloi. TUNGGU KEMUNCUANNYA yer.Detail ukuran dan harga sila click.


Terima kasih

Dec 4, 2011

GELANG KRISTAL

GELANG KRISTAL-drp kristal cina + manik jepun - RM20.00   RM13.00 termasuk pos.
 


GELANG KRISTAL (bahan dr kristal cina + mutiara faux hitam = RM30  RM20  termasuk pos laju)

Dec 1, 2011

01122011

huh..penat...blog jualan dah jadi blog macam2..smlm siapkan 1 lagi gelang mutiara..tungguuu...

Nov 29, 2011

MY FIRST GELANG KRISTAL

akhirnya..siap gelang kristal idaman..balance kristal swarvoski utk buat brooch.

Nov 28, 2011

JAM KRISTAL/MANIK

wahh..mlm tadi excited siapkan 1 jam dari pearl..sanggup tido lwat.. tp x smpt la plak nak upload kat sini. nanti senang akan di upload yer. tunggu..

DAN........ pelbagai lagi produk2 kristal akan muncul selepas ini.

Nov 11, 2011

111111

wow..11111... siap gunting 3 psng baju di pagi yg mulia ni..amin. edisi menjahit..lepas masak utk lunch. 

Oct 28, 2011

COTTON OO COTTON

cotton oo cotton.. antara koleksi cotton yg di beli..tapi yg pink tu dah dirembats oleh anak dara..
 
 


Oct 21, 2011

SULAMAN REBEN

sulaman reben..sebenarnya baru berjinak-jinak dengan sulaman reben tp haram..satu projek pun tak siap lagi....

Oct 11, 2011

BOSAN NYE ARI NI

DUK SORANG2 kat opis..semua keluar mkn..
perut kenyang lagi lepas bekpes tadi. dia org keluar ke satu restoran di kerteh,.. aku bab-bab makan ni memang cerewet sket..yg aku heran mende nyer sedap kat situ..bagi aku biasa2 jer; nak compare aku masak, rasa lagi sdp aku masak  ( he he..perasan jap) jgn marah tawww....


Oct 9, 2011

BERSIARAN DARI OFFICE

AKHIRNYA dapat juga menembusi pintu block office..so, dpt ler ringan2 kan tangan mengadap blog and meng"edit" apa yg patut.

Sebab dah lama tinggalkan blog, jadi hampir lupa dah camner nak add on apa2 yg patut.

Tension juga kerja camni... nak selesaikan tax clearance lagi sorang "korean" ni..tp dokumen x complete lagi..jenuh dah minta details tp x di kasi2 juga..sabor je la.. nanti kena fine, aku tak leh wak apa dah..maaf je la..dah ko x kasi apa yg aku mintk lantak le.

Sep 27, 2011

MAAF

KAMI MINTAK MAAF KERANA BLOG KAMI DALAM SELENGGARAAN..LAMA TAK UPDATE DAN EDIT..

Sep 2, 2011

salam aidil fitri buat semua pelawat blog ni. terima kasih atas segala sanjungan dan kepercayaan anda semua.

Aug 19, 2011

Diam tak diam ari ni dah 19hari berpuasa.. Ya Allah cepatnya masa berlalu. banyak lagi yang belum usai ni. Mintak2 semua selesai sebelum menjelang raya. Ye ye hari Raya..MOOD Raya....50%...

Aug 6, 2011

Selamt menjalani ibadah puasa buat semua teman2 blogger..rasanya belum terlambat sb belum raya lagi..kan kan kan..

Kebizian melanda semenjak menjawat jawatan kembali, so, blogger pun turut "tersepi".

Jul 14, 2011

SULAMAN REBEN

sejak menghilangkan diri dari arena blogging, ade sesuatu yg telah dipelajari. tunggu ketibaannya nanti..

Jun 3, 2011

HANDMADE CHOCOLATE

Lama tak bersiaran di blog...jom tengok koleksi coklat buatan sendiri...dijamin HALAL dan SEDAP...
nak order? do sms me..







May 28, 2011

MAAF SEMUA

maaf semua.. dengan kesibukan tugas di ofis dan setelah balik kerja, tugas-tugas menggunting diteruskan. tak sempat daku utk updated blog.


TEMPAHAN UTK PAKAIAN RAYA SEDANG DIBUKA. KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MENEMPAH SILA LAH BERBUAT DEMEKIAN DENGAN MENGHANTAR CONTOH/SAIZ UKURAN YANG DIKEHENDAKI KEPADA KAMI. SILA SMS 019-9366436 UTK MENDAPATKAN ALAMAT PENGHANTARAN.




Apr 13, 2011

MELANGKAH LAGI BERSAMA KERJAYA 8 -5PM

bermula episod di alam perkerjaan..8 jam..
x smpt nak updated blog dah..kerja kraftangan masih tertunda buat sementara waktu..
 
TETAPI...TEMPAHAN UNTUK PAKAIAN HARI RAYA DIBUKA..
 
SO SESIAPA YG BERMINAT UTK MENEMPAH KURUNG TRADISIONAL, KURUNG RIAU, KURUNG PAHANG, BAJU MELAYU, KEMEJA BOLEH TERUS MENEMPAH DENGAN HARGA YANG BERBALOI-BALOI...
 
Jom tempah sekarang...sms 0199366436 utk alamat penghantaran dan BUKAN UTK PROMOSI BARANGAN ANDA.
 
terima kasih atas sokongan anda..

Apr 2, 2011

Lagi Koleksi tudung yang dah dijahit




KOLEKSI TUDUNG YG SIAP DIJAHIT

Tudung instant yang baru siap dijahit..TIDAK untuk dijual yer. utk tatapan sahaja

Feb 26, 2011

PROJEK BERSAMA EPAL


hasil program bersama EPAL. Pin cushion

Feb 23, 2011

AMIN.. DH SIAP

PANDANGAN ATAS POKET..LOGO WITH COMPANY NAME TAG

BALS TO BE PICK UP-ALREADY DELIVERED

BACK VIEW OF COVERALL

Feb 20, 2011

LOGO OOOO LOGO

TOLONGGGGGGGGGGGGG....
 
siapa lagi yg ada software digitizer boleh buat logo...sms me URGENT sgt2.. dah suruh profesional buat tapi hampeh.. tension giler  EPAL oo EPAL

Feb 19, 2011

TEMPAHAN SULAMAN LOGO

List utk di sulam

Yang ni dah siap sulam kat belakang..tunggu sulam logo plak

Feb 12, 2011

KEY HOLDER

LV-KEY HOLDER


MADE FROM PVC

OUTER VIEW

BAHAGIAN DALAM
3 pcs keychain for grap. RM13.00 plus postage. HURRY!! HURRY!!!




Feb 10, 2011

ILMU DAN AMAL ( IDA )-untuk dikongsi

AIR SEMBAHYANG '

 1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, 'Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini'.  Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap  benda-benda yang tak berfaedah.

 2.. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, 'Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat  kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini'. Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih  berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, 'Ya Allah, berikanlah hisab-hisab  ku ditangan kanan ku ini'. Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikanhisab- hisabnya di tangan kanan .

 4.. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu  dengan, 'Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab- hisab ku di tangan kiri ku ini'. Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab- hisabnya di tangan kiri .

 5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,'Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu'. Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

 6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,'Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini' Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang  mengumpat, memfitnah dll.

 7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu  dengan.'Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim'. Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

 8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu  dengan,'Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-  tempat maksiat' Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.  Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat  bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri.   Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?

Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?   Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?

Bersyukurlah dan bertaubat selalu

ILMU DAN AMAL

copyright TINTA KASIH

Gambaran Hari Qiamat

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
 
☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber:
From: Cubatry Tokai
Subject: RG09... DAHSYATNYA HARI KIAMAT DAN PADANG MAHSYAR

Feb 7, 2011

SIAPPPPP...

Akhirnya siap juga baju-baju tempahan pelanggan setelah bertembung dgn tugas-tugas baru ku semperna kedatangan 2011. Terimakasih teman mayaku dulu dan kini menjadi teman realiti aka puan besarku ANN BATIK memberi kepercayaan utk menjadi tukang gunting part time di kedainya. Moga lepas ni akan bertambah2 rezeki ku dan rezeki Puan Besar ku juga.
BAJU RIAU-TGN GETAH-



CLOSE UP MANEK DILEHER

Feb 3, 2011

SEJARAH DUNGUN

siapa2 org Dungun yg msih tak tahu sejarah Dungun jom click.

Jan 29, 2011

SEMINAR POTENSI DIRI

Ari ni seawal jam 845 pagi dah terjonggol kt dewan JKK Pak Sabah utk seminar anjuran Sahabat AIM Dungun. Apalagi utk seminar mengenal potensi diri oleh salah seorang anak didik Dr Azizan.

Jan 27, 2011

JOURNAL COVER

Dah siap 1 journal cover utk diri sendiri. Hanya 1. Tempah design anda sendiri. do SMS me at 0199366436 for booking.

Jan 26, 2011

HANYA PART TIME, MASUK 100 SEHARI

Bukan jual produk, bukan cari pembeli…hanya online facebook..follow TEKNIK dberi sahaja…. Pendapatan harian..komisen 100% terus ke acc bank anda.. sila daftar PERCUMA . VOC...$$$ PASTI MASUK...
 
 

Jan 25, 2011

KEY CHAIN HOLDER

Haaa..produk terbaru dari kami. Boleh pilih fesyen kain. click sample utk kain

Jan 24, 2011

APA MAKNA NI??



Hidup bukan segala-segala utk wang, tapi wang adalah segalanya utk hidup.VOC MASYUKK $$$$

HARI2 MAIN FB..TP UTK APA YER? JOM CUBA BIZ NI..MEMANG MASYUK...










Jan 16, 2011

MENGURUSKAN TEKANAN STRESS

  1. Tukarkan perkataan ‘Saya Terpaksa lakukan’ kepada ‘ Saya Perlu lakukan’ , perkataan ‘terpaksa’ akan meningkatkan tekanan dan stress.
  2. Jangan perapkan perasaan lama-lama, luahkanlah melalui penulisan atau catatan atau luahkan kepada seseorang yang boleh di percayai.
  3. Siapkan kerja mengikut keutamaan dan bukannya mengikut kesegeraan, banyak kerja yang segera tapi sebenarnya tidak begitu penting. Utamakan kerja yang penting meskipun tidak begitu segera, jika bertangguh–tangguh yang penting akan menjadi segera. Tekanan dan stres akan meningkat bila semua perkara menjadi penting dan segera.
  4. Amalkan kaedah pernafasan yang mendalam, tarik nafas dalam-dalam , tahan dan lepaskan perlahan-lahan. Lakukan berulang kali dan ini dapat mengurangkan stres secara tiba-tiba. Lakukan senaman secara berkala, aktiviti seperti berjogging, bergym dan bersukan dapat mengurangkan stress…. Siapa yang amalkan dia dapat rasa….!!!
  5. Tingkatkan kekusyukan dalam solat kerana kekusukan menyebabkan hati lapang dan fikiran tenang….. dengan solat yang kusyuk sekurang-kurangnya 5 kali sehari semalam maka dapat lah meredakan tekanan atau stres.
  6. Membina persekitaran yang harmonis samada di pejabat maupun di rumah, persekitaran yang hiruk piruk dan bising akan meningkatkan tekanan dan stress.
  7. Makan banyak buah-buahan dan sayuran yang mengandungi Vitamin C kerana Vitamin C dapat mengurangkan Hormon Stres…kurangkan makan daging lembu dan kambing ataupun biri-biri...perbanyakan ulam-ulam kampong...!!!
  8. Banyakan senyum dan ketawa, ini dapat di lakukan dengan sedikit gurau senda dengan kawan-kawan atau pasangan.
  9. Tidak mudah berjanji atau cepat memberi komitmen, membuat banyak janji dan komitmen yang di luar kemampuan untuk di tunaikan…akhirnya menambah tekanan jiwa dan mental.
  10. Membina sikap mental yang positif dengan melihat hikmat di sebalik masalah dan sesuatu peristiwa atau musibah yang menimpa…setiap yang berlaku ada hikmat yang tersirat !!!
  11. Gelombang stress dapat di redakan dengan bercakap dengan bahasa yang lembut serta berbicara dengan irama yang sesuai dengan jiwa sendiri…ada yang menyanyi dengan irama yang menyentuh jiwanya…ada pula yang mengamalkan wirid yang mengasyikan perasaannya….!!!

Jan 14, 2011

PENCEL BOX

PENCEL BOX-RM10 INCL POSTAGE (SOLD)

Jan 13, 2011

NAK KONGSI CERITA

Kentang gulong @ kentang lilit KENTANG LILIT
tak boleh tgk kentang ni mesti teringat ngan peristiwa si pembuat kentang ni yg mempunyai janggut melebihi dada semasa pesta kuda di lembah bidong 2010.

si"hero" besar ku mau beli kentang ni..tup2 aku terpandang si dia yg memegang kentang ni dgn gulongan janggutnya persis si kentang gulung.. wakah2.. maap la x amik gbr..aku apa lgi smbil jeling2 terus cabut ngat si "dara"ku. sibapak plak dh tau apa yg digelak oleh ku.. adoiii..sampai ari ni kalau jumpa pasti peristiwa ni rewind dlm kepala dn yg pasti smpai la ni x beli kentng lilit..kui2

BAJU ASRAMA ANAK KAWAN.

BAJU KURUNG- SERAGAM ASRAMA

Jan 11, 2011

Today is 110111

vooom...vooommmm...
benang da habisss..smlm lufer nak pi beli ..esok tuan baju dah nak..aiseyyy..kena kluar juga lps ni.

Jan 9, 2011

Wajah Baru

Akhirnya siap juga wajah baru blogku. Yang sentiasa berubah2 mengikut cuaca.
Harap2 lepas ni tak de berubah lagi..Jom jemput singgah yer....

http://www.viponlineclub.com/lovingmummy

AURALIFE PINTAR


Front view

Contain- 4 box pills  & 4 btls perfume





RM90.00/set(1 kotak pil mind + 1 btl perfume)
boleh beli pil-RM60/kotak-2pack kt dlam.
Kelebihan Produk Aura Minda Pintar

1) Mencergas minda dan IQ serta mengatasi tekanan perasaan.

2) Memberi kesegaran berfikir serta menguatkan daya ingatan.

3) Memberi kesegaran akibat keletihan dan kelesuan.

4) Memulihkan tenaga semulajadi.

5) Mengharmonikan fizikal dan mental.

6) Mengembalikan fungsi organ-organ yang telah lemah.

7) Membantu meningkatkan penyaluran oksigen ke otak dengan sendirinya menjadi Minda Pintar Positif

8) Memberi kemahuan serta minat untuk belajar.

Sukatan

1) 1 biji pagi, 1 biji malam, sebelum makan (kemam dibawah lidah)

Jan 7, 2011

VOC ONLINE

entah camner aku boleh "ter" pikat dan "ter" register viponlineclub ni. tak tau la senang ke susah. Fungsi dia sama ngan mudah.com cuma bila kita promote kat "sesorng" kita dapat $$$. betul ke? kalau tak betul tak kan benar. tapi betul la memang tak tipew pun. sebab over the world can join it. jom ramai2 iklankan produk kita disinun.

Jan 6, 2011

COSMETIC POUCH

Ari ni sempat siapkan tempahan cosmetic pouch Adda. Harap2 berpuas hati.
BACK VIEW WITH ZIP

FRONT VIEW